Blogger Templates

Sunday, February 27, 2011

MAAFKAN SAYA YA ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

kita sibuk lantaran waktu yang suntuk
kita celaru lantaran waktu yang cemburu
kita kecamuk lantaran waktu yang kalut
kita kebas lantaran waktu yang pantas

namun hakikatnya

Allah hanya minta waktu 5 kali sahaja
sehari semalam untukNya
Allah hanya panggil bila azan berbunyi
juga cuma 5 kali sehari semalam

Allah hanya minta waktu bila-bila perlu untuk
kita berdoa kepadaNya
Allah hanya minta waktu bila kita lapang untuk
kita menambah amalan menghadapNya

jadi mengapa merungut bila Allah tak bagi
waktu yang tidak cukup,
sedangkan waktu itu milik Allah seluruhNya..

Saturday, February 26, 2011

SEBUAH PERMULAAN

بسم الله الرحمن الرحيم
bersyukur ke hadrat Ilahi diatas kesempatan waktu yang ada untuk membuka blog yang baru..blog yang lama,selamat tinggal...

wahai sahabatku wanita...
"KITA INSAN TERPILIH DISEBUT DALAM AL-QURAN  DENGAN MULIA, JAGALAH PELUANG ITU SEBAIKNYA"

"DICIPTAKAN DARI RUSUK KIRI.. DEKAT DIHATI UNTUK DISAYANGI.. HAMPIR DENGAN TANGAN UNTUK DIKASIHI"

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana saya dilahirkan sebagai muslimah (perempuan beragama Islam) di dalam sebuah keluarga yang mempunyai 7orang adik beradik lelaki dan semuanya  abang kepada saya..alhamdulillah hajat  mak & ayah inginkan anak perempuan,dimakbul oleh Allah..lahirlah seorang puteri bongsu yang mana Insyaallah akan menjadi tiang yang kukuh bagi sebuah bangunan yang dinamakan "keluarga"..amin..
sebagai seorang perempuan,darjatnya diangkat tinggi oleh Islam.j ika lah kita tahu bagimana Islam memuliakan makhluk yang bernama perempuan,tentulah kita akan bersyukur berkali-kali setiap hari. dalam sudut dunia sekarang,perempuan hanyalah barang dagangan,tempat memuaskan nafsu,dilayan sebagai orang suruhan..itulah tanda kebencian kaum lelaki terhadap kaum wanita yang dianggap lemah dan langsung tidak berhak mendapat tempat yang istimewa. dalam Islam,wanita memang dianggap kaum yang lemah,tetapi!!bukan lemah yang boleh diseksa.wanita yang lemah asalnya dicipta daripada tulang rusuk lelaki.wanita memerlukan lelaki untuk dipimpin,dibimbing,disayangi dan dilindungi..wanita lemah hingga memerlukan lelaki untuk memuliakannya kerana seorang ibu itu adalah seorang wanita.seorang ibu wajib dimuliakan.tanpa ibu,siapa yang hendak melahirkan zuriat dan keturunan lelaki?begitulah Islam mengangkat darjat seorang wanita. bersyukur kita kerana kita tidak dilahirkan pada zaman Jahiliah,di mana anak perempuan yang baru dilahirkan akan ditanam hidup-hidup..nauzubillahi minzali'..
menganggap anak perempuan ini leceh,susah dijaga lebih-lebih umur  remaja dan menjadi beban pada ibubapa..sebenarnya ia bukanlah 1 bebanan,malah merupakan pelindung bagi mereka daripada api neraka,dengan syarat anak perempuan itu,ibubapanya sentiasa taat kepada Allah..

Rasulullah bersabda :
"barang siapa diberi cubaan dengan sesuatu daripada anak-anak perempuanya,kemudian dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka"
(HR Bukhari & Muslim)

semoga saya mampu jadi Sayidatina Fatimah,ketaaatannya pada ayahanda & Allah...Insyaallah pada bakal zauj juga..dengan itu jalan bahagia di akhirat terbentang di mana-mana..amin..

♥♥SEBUAH PERMULAAN ISTIMEWA DI SISINYA♥♥

Sunday, February 27, 2011

MAAFKAN SAYA YA ALLAH

Posted by Azura Nurul Iman at 3:47 PM 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

kita sibuk lantaran waktu yang suntuk
kita celaru lantaran waktu yang cemburu
kita kecamuk lantaran waktu yang kalut
kita kebas lantaran waktu yang pantas

namun hakikatnya

Allah hanya minta waktu 5 kali sahaja
sehari semalam untukNya
Allah hanya panggil bila azan berbunyi
juga cuma 5 kali sehari semalam

Allah hanya minta waktu bila-bila perlu untuk
kita berdoa kepadaNya
Allah hanya minta waktu bila kita lapang untuk
kita menambah amalan menghadapNya

jadi mengapa merungut bila Allah tak bagi
waktu yang tidak cukup,
sedangkan waktu itu milik Allah seluruhNya..

Saturday, February 26, 2011

SEBUAH PERMULAAN

Posted by Azura Nurul Iman at 2:00 PM 0 comments