Blogger Templates
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, December 29, 2011

♥SURI RUMAH & SURI DIHATI♥

بسم الله الرحمن الرحيم

23HB 12/ 27 MUHARRAM
Malam dalam jam 12,zauj hantarkan saya balik kampung..dia kena pergi kursus esok harinya selama 3 hari 24-26 hb :(  

24HB 12/ 28 MUHARRAM
Jam 8.00 pagi bertolak ke Melaka,keluarga nak pergi jalan-jalan kat sana..zauj pula siap-siap nak balik ke Kajang semula..sedihnya...............pertama kali berpisah dengan zauj.. :( tapi tak pelah,orang lain yang berjauhan dengan isteri@suami,tak duduk sama,hujung minggu baru jumpa..lagi sedihkan?? jadi bersyukur dengan apa yang Allah bagi dengan kadar yang kita mampu jalani atas kehendakNya.. :) ada faham kaaa???hehheh..

bestlah jalan-jalan kat Melaka,cuma ada kurang..saya tiada pasangan,masing-masing ada pasangan..hmmm......pergi Zoo & Bandar Hilir,kelakar melayan kerenah anak-anak buah & abang saya yang asyik buat lawak selamber...tapi dalam hati rasa nak nangis & dialog hati berbicara "kan best abang(zauj) ada..nak abang sekarang :( "

25HB 12/29 MUHARRAM
Balik kampung ayah di Jelebu,Negeri Sembilan..malam pula lepas Isyak pergi Dataran Nilai,ada Karnival apa entah..banyak lah gerai-gerai jualan..

26HB 12/29 MUHARRAM
duduk rumah je...masing-masing penatkan,walaupun masih cuti lagi...masa ni tak sabar nak tunggu zauj balik.. ;) rindu sangat-sangat..zauj sampai je kampung,dalam pukul 5 lebih gitu,kami balik ke kajang..sebab malam tu zauj nak mengajar ngaji..kena balik awal..

27HB 12/ 1 SAFAR
saya cuti lagi..................suke..suke..suke.. :) cuti sampai esok..
zauj pula,kena pergi sekolah sebab pendaftaran pelajar & kena jaga kuanter jual buku..kerja sampai tengahari je...saya kat rumah basuh baju,menyapu,kemas-kemas&main masak-masak..hihi (seronok sangat...rasa macam nak jadi suri rumah sepenuh masa lepas ni..O..O)

saya masak >  ayam rendang kicap (tak banyak kuah& tak terlalu kering)
                   > sayur terung

sedapp kot sampai licin je zauj makan..dia yang habiskan semua..hihi..apa yang penting saya tak nak selalu makan kat luar,biarpun saya bekerja..pagi sampai petang..walaupun penat..tapi saya nak masak juga..saya nak zauj saya makan makanan dari air tangan zaujahnya sendiri :) bila masak sendiri,rasa puas...lagi pun kalau masak sendiri,duit tak banyak nak keluar..jimat...............makan luar boleh,tapi cukup lah sebulan sekali ke..2 bulan sekali..

28HB 12/ 2 SAFAR
cuti lagi..macam biasa buat kerja rumah...zauj saya tak pergi sekolah..jadi dia tolong saya didapur..agak kecoh di dapur..hihi..bukan saya ye :) zauj teringin nak makan ayam kukus...jadi dia yang siapkan semua..saya cuma masak sos@kuah untuk ayam tu..tiada sayur ketika itu,saya rasa lain je..tapi lalu juga lah makan,dah lapar kan..sayur ada je dalam peti ais..tapi saya buat tak perasan.. ;)..cuba nak makan tanpa sayur,tapi memang tak boleh..jadi lepas ni kalau masak lauk,wajib masak sayur..jangan nak try-try,tak perlu sayur...!memang tak best............ :(

29HB 12/3 SAFAR
ada kat office la ni...macam takda mood je..rasa nak balik..buat kerja rumah..jadi suri rumah..hihi :)
apapun saya tetap suri rumah zauj saya,dan yang penting saya lah suri di hati zauj.......... ;)

* walaupun kita sedih..dan menangis..yakinlah ada Allah di sisi..Dia lah penghibur yang terbaik.. alhamdulillah..

terima kasih Ya Allah akan kehidupan yang ku lalui bersama-sama insan-insan tersayang ini..Redhailah..berkatilah..amin Ya Robb..

Friday, December 23, 2011

DI LEMA DELIMA ;)

بسم الله الرحمن الرحيم
Sudah lama saya dilema akan buah ini..sejak ayah bawa balik dari menunaikan Haji..
bukan senang nak cari..Pasar Malam pun tak ada..saya cari..tanya-tanya kawan pun,mereka kata kat Pasar Malam..tapi tak ada pun..sedih saya,nak menangis pun ada..(hihi..saya pun tak tahu napa jadi gini)..
"sebuah permintaan tidak ditunaikan" :p

bila jumpa Kak Azzah (kawan 1 office),dia bagitahu "zura..kat PKNS Bangi adalah"....wah excited saya tanya betul ke?berapa jual?nak isi merah tak nak isi putih...hihi..kak Azzah pun memang suka buah tu juga..bila saya tahu ada jual kat PKNS,saya fikir bila la nak pergi sana..dengan harapan "jangan lah habis jual buah tu..." :(

Alhamdulillah semalam balik kerja,terus ajak Zauj pergi PKNS Bangi..yeah..yeah..tak sabar nak jumpa Cik Buah Delima ;) sampai kat pintu depan..ada kedai kecil-kecil,hah!tu dia DELIMA SAYA!..isi warna merah,ada 1 je di dalam bakul..RM 8 sebiji..mahal kan??1 biji je RM8..tapi saya tak peduli nak juga..nak juga..kalau isi warna putih RM4 je sebiji..tapi tak minat :p ..

Alhamdulillah!!kini Delima yang sebiji itu menjadi milik saya..hihi..Ya Allah suka sangat,berminggu-minggu menanti..hihihi...teringin sangat nak makan..rasa macam nak penuhkan Peti Ais dengan buah tu..buat stok... ;) saya seorang je yang makan buah tu,Zauj tak suka..dia asyik Durian..Durian..ok Durian VS Delima..wink..wink..wink..

Kenapa saya suka Buah Delima??
bukan sebab dia sedap tapi Subhanallah!!ada cerita yang menarik tentangnya yang saya tahu sikit-sikit sebelum ni,jadi saya kongsikan cerita Buah Delima@Ar-Rumman..
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, 
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". 
[al Rahman ayat 68]. 
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” 
[al-Anaam 99]
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Info Menarik Buah Delima
- digelar buah diraja
- berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India.
- juga dikenali ar-rumman dalam bahasa Arab
- disebut 3 kali dalam Al-Quran
- buah syurga, antara pokok yang ada di dalam syurga
- di Perancis juga dikenali sebagai epal yang berbiji
- hanyat pokok yang panjang, boleh hidup sehingga 200 tahun
- bagi kaum Cina, buah delima melambangkan kesuburan dan panjang usia
- berbuah selepas setahun hingga tiga tahun ditanam

Khasiat Buah Delima
- kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus
- mengandungi antioksidan yang tinggi baik untuk penyakit jantung, cepat tua dan barah
- dalam Homeopati, delima digunakan untuk mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadaman

Kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya..
sedap sangat..terliur tengok..semalam separuh dah habis..lagi separuh saya bawa pergi kerja..kejap lagi,nak makan.. ;)
terima kasih Ya Allah..di atas apa yang Allah ciptakan di muka bumi ini...alhamdulillah..

Thursday, December 22, 2011

♥TERIMA KASIH ABANG♥

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam balik kerja terus pergi jalan-jalan di sekitar Bandar Baru Bangi..ke Seksyen 8 dan PKNS..jalan-jalan ada makna.. :) wink..wink..wink..apapun.....

"terima kasih abang atas semua ini.."

Lepas tu balik rumah jap,solat maghrib dulu..lepas solat pergi pasar malam dekat kawasan perumahan kami..zauj beli durian..dia memang kuat makan durian,sampai saya tak tahan...hmmm sabar jelah..hihi

Bahagia bila tengok dia senyum..gelak-gelak..buat lawak semalam... zauj saya seorang yang pendiam & tak suka senyum,muka masam je...kawan-kawan cakap "abang alif tu muka macam marah je..garang..takut nak tegur" tapi sebaliknya hanya saya zaujahnya yang mengerti..sekali dia senyum,bahagianya saya..sayang cinta halal saya ni..Anugerah Allah,kebahagiaan saya..alhamdulillah :)

Wednesday, December 21, 2011

♥MAKAN DILUAR PERTAMA KAMI♥

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
semalam dapur tidak berasap...lepas zauj ambil saya kat tempat kerja,terus je balik rumah..pelik juga saya...selalunya sebelum balik,zauj akan singgah pasaraya untuk beli barang basah,masak untuk makan malam..kat rumah pun ada telur je,saya tak kisah makan telur je,tapi yang penting mesti ada sayur..saya senyap je,tak tanya pun..malam tu pula zauj da start mengajar mengaji semula..
sampai je pintu rumah 
zauj tanya "nak makan luar malam ni?" 
saya pun tersimpul malu..(hmm..da kahwin da dok serumah pun,malu tak gak hilang2 lagi..hihi)..
saya jawab 
"hmm..pukul berapa?kan lambat,abang kerja malam ni.." 
zauj jawab pula
"abang balik jam 9,pastu kita gi"..

saya macam malas nak makan luar,sebab dah malam kan..penat juga balik kerja..tapi saya keluar jelah..mengeratkan silaturrahim..hihi..sayang abang... 

Sebelum tunggu zauj balik kerja mengajar mengaji,saya lipat baju yang ada kat ampaian,menyapu rumah&kemas-kemas apa yang patut..alhamdulillah selesai...mandi..dan bersiap-siap..
jam 9 macam tu zauj dah sampai rumah & bawa hadiah..hadiah perkahwinan dari Ayah anak murid abang..alhamdulillah rezeki..dapat Rice Cooker lagi.. :)

dah tu kami pun mulakan operasi mencari-cari kedai makan...hmm tak tahu nak makan mana..pergi kajang macam tak best je..pergi Bandar Baru Bangi..baru best..jalan-jalan,akhirnya pergilah ke NIMS..tempat makan saya no.1 semasa belajar..hihi..dekat dengan tempat kerja..
Zauj order :
nasi putih
ayam masak kicap
air laici
Zaujah (saya la tu :p)
nasi putih
tom yam campur (wajib ada semasa makan di Nims ;)
air tembikai

penambahan menu :  kailan ikan masin
Siap menu yang di order dalam 15 minit kot..
ok zauj baca doa....

Alhamdulillah kenyang...

20 hari bergelar isteri..itulah makan malam di luar pertama kami..sebelum ni masa baru bertunang ada la keluar makan malam tapi dekat dengan asrama tempat kerja saya..tu pun sekali je,minta kawan teman kan..kami satu meja,kawan satu meja..depan belakang.. :) dia datang naik motor,saya & kawan datang naik kereta..terima kasih Fathiah & adiknya yang menemani kami :p...
tapi sekarang dah halal..alhamdulillah Allah dah izinkan saya & zauj naik motor sama-sama..makan pun tak perlu minta orang temankan..hihi..nak balik pukul berapa pun tak kisah kan abang???! :p
 apa-apa pun terima kasih Ya Allah,di atas rezeki ini...

♥NIMS LITTLE ISLAND CAFEJALAN TERATAI KAMPUNG SUNGAI RAMAL43000,KAJANG SELANGOR

Tuesday, December 20, 2011

♥Detik Cinta Yang Halal♥

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah Iman dah selamat menjadi isteri buat hamba Allah yang bernama Muhammad Alif Bin Abdullah..genap 18 hari bergelar isteri..semalam 18hb 12 merupakan anniversary pertunangan yang pertama.. :p hihi..

♥Kenangan Saat di Ijab Qabul kan..

♥2hb 12 2011/6 Muharram...bertemakan warna "Merah Jambu" :) sukanyer.....alhamdulillah selamat di nikahkan oleh Ayah tersayang..kira-kira jam 11 pagi di Masjid Kariah Mantin Dalam..di hadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai ;).. masa menyarungkan cincin,tangan Iman mengigil..bila disentuh oleh zauj untuk sarungkan cincin,terasa tangannya mengigil juga..hihi..Iman nak tergelak masa tu..zauj  Iman pandang mata Iman,buat Iman tak tahan..Iman malu sangat-sangat!hmm betul la..tak tipu..malu...hmmm :) tapi suka saat dia pandang mata&wajah Iman,terasa ketenangan..Subhanallah..Cinta Halal kini menjadi milik kami dengan izin Allah..terima kasih Ya Allah...
Bila dah selesai sarungkan cincin..kami  bersalaman dengan keluarga..masa ni Iman menangis..lebih-lebih lagi bila salam dengan  mak & ayah Iman..dan yang Iman rasa terharu,sedih,gembira..bila salam dan peluk mak mertua (Mummy)..erat sangat..terasa sebuah kasih sayang yang Allah curahkan kepada kami..alhamdulillah..

♥3hb 12/7 Muharram.. Jam 10 pagi di adakan Majlis Khatam al-Quran..alamdulillah,niat&impian ayah untuk buat Majlis Khatam Al-Quran untuk puteri tunggalnya diizinkan oleh Allah..Jam 1.30 petang rombongan Pengantin Lelaki sampai..ramai juga kawan-kawan sekerja & kawan sekolah yang datang..yang best Guru Kelas & ustaz Iman pun datang..terharu&terasa dihargai..hihi..5 tahun tu tak jumpa..alhamdulillah..
Malam pula,Iman dan zauj kena basuh periuk belanga..yea..yea..padan muka..zauj kata "tak apa,buat je..kita siapkan semua malam ni"..Iman dah nak nangis dah..hihi..penat tau..penat jadi pengantin ni.. :( tapi gembira,zauj ada..yang halal..dan yang akan Iman cintai seadanya..sepenuhnya hanya pada Allah..Insyaallah..semoga Iman menjadi isteri yang menyenangkan hati zauj..dan takkan melupakan cinta yang lebih utama,ALLAH..

♥4hb 12/8 Muharram..pagi tu meriah lah sungguh rumah,walaupun dah habis kenduri..meriah dengan anak-anak ayah&mak..siapa lagi kalau bukan abang izan,abang mamat & Iman..tapi yang meriuhkan suasana isteri abang2 Iman ni..kak Ain&kak Ayu..macam2 pe'el..seronok sangat masa tu..sayang semua..hari pertama sarapan dengan Zauj & keluarga..bersyukur di atas nikmat kasih sayang ini..
Dalam jam 10 lebih..adik Zauj jemput kami untuk balik ke Rumah Sewa di Kajang..keluarga Zauj semua di sana,petang tu dorang semua nak balik ke Sabah..jadi pagi tu kami ambil kesempatan keluar jalan2 sebelum hantar dorang semua ke Airport..Kitaorang pergi makan kat Restoran Satay Kajang & jalan-jalan kat Metro Kajang..first time jalan,berpegangan tangan dengan suami :) wink..wink....Iman rasa bahagia sangat bila bersama keluarga Zauj,sebab tak terasa pun keseorangan..dorang ramah-ramah..suka senyum dengan Iman..dan adik-adik Zauj kelakar..pandai buat orang ketawa..yang penting,Iman senang hati melihat senyuman seorang ibu...iaitu Mummy..baik orangnya..lembut dengan Iman..macam mak Iman sendiri..alhamdulillah...nenak zauj pun sama.. :)
Masa perjalanan ke KLIA,dalam kereta Iman rasa sedih sangat..rasa lain macam..tak nak dorang tinggalkan Iman & Zauj... :( tak puas lagi bersama..rasa kejap sangat..rasa nak peluk mummy erat-erat & tak nak lepaskan..sampai di KLIA,kami hantar sampai kat parking depan ja..salam dengan semua..airmata Iman pertahankan..masa Iman dalam kereta nak balik ke kajang,dengar adik bongsu Zauj menjerit "kakak!!bye..bye.." hmm Ya Allah..hanya Allah saja Maha Mengetahui apa yang tersirat&tersurat di hati..Iman sayang semua.....

♥terima kasih Ya Allah di atas semuanya ini,semua ini berlaku dengan kehendak & izinMu..cuma 1 yang hamba harapkan,disebalik apa yang terjadi ini,dicurahkan redhaMu..amin Ya Robbal 'Alamin..

Wednesday, November 23, 2011

SUKA SANGAT.....

بسم الله الرحمن الرحيم
  
Baru tadi call  ELKHADEEJA ENTERPRISE..alhamdulillah cenderahati saya untuk  Majlis Perkahwinan dah siap di Print,cuma belum di pos kan lagi..Insyaallah dalam minggu depan akan di pos dalam masa 1 hari akan sampai...gembira sangat..terima kasih ELKHADEEJA di atas layanan baik anda..berbudi bahasa orang-orangnya ;)

khas buat tetamu nanti ..Insyaallah...

2 warna pilihan hati ;)
hijau untuk awak..
merah jambu untuk saya..

tak sabarnya al-Mathurat ni sampai rumah..suka sangat designnya..
terima kasih banyak-banyak warga ELKHADEEJA ENTERPRISE..

Friday, October 28, 2011

KAD HIJAU & MERAH JAMBU DAH SIAP ;)

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah semalam dapat mesej dari kedai kad kahwin True Love seksyen 7,Bandar Baru Bangi..perasaan rasa gembira ;) cepatnya siap,tak sampai 2 minggu pun..alhamdulillah..dapat je mesej tu,rasa tak sabar nak ambil kad kahwin saya tu...lepas solat Zuhur saya minta kawan temankan untuk ke sana...dari mula nak cari kedai kad kahwin ,lepas tu nak pilih kad sehingga kad siap,saya usahakan sendiri..semua tu boleh dibuat sendiri.......tak perlu pergi dengan bakal zauj :)sebab bakal zauj pun tak kata apa-apa....asalkan kad kahwin siap sudah..sepanjang persiapan saya ditemani oleh kawan-kawan & adik asrama..terima kasih pada semua yang menemani saya,nanti korang kahwin..meh lah saya teman kan ;)

ini lah dia muka depan kad kahwin saya.... ;)
hijaunya kekuningan..tapi realitinya tak nampak kuning..

ini muka belakang.. ;)
inilah kad hijau & merah jambu saya...

 kesimpulannya..........saya semestinya suka warna merah jambu
..dan bakal zauj pernah bagitahu dia suka hijau..maka jadilah kad yang bertemakan merah jambu & hijau...
maka adil la kan hijau + merah jambu
hmm..sebenarnya impian kad kahwin nak buat tulisan jawi..saya dah siapkan dah tapi bila hantar kad kedai tulisan habis lari..tak jadi tulisan jawi..bertukar menjadi tulisan zaman purba :)...saya usahakan juga tapi tak boleh juga..software font jawi pun saya dah install pada komputer kedai kahwin tu..ok dah tulisannya tak lari,tapi bila pergi kat apa ntah  kad kahwin tu punya page untuk cetakan kad ni,tak keluar tulisan tu..akhir kata saya pada si designer tu "tak pelah dik,buat tulisan rumi jelah ye" :(
apapun bila siap kad ni...gembira je...alhamdulillah..syukurilah apa yang ada & termampu...

hmmm..masa nak tulis nama untuk para jemputan..macam menggigil-gigil tangan ni...rasa berdebar-debar..risau takut..sebab lepas ni ada tanggungjawab yang besar dari Allah selepas Ijab Qabul itu di lafazkan...
Semoga saya & bakal zauj sentiasa di didik & terdidik dalam agamaNya bagi membina Mahligai Cinta Yang Halal ini..amin ya Rob....

Tuesday, October 25, 2011

IMPIAN IDAMAN ;)

بسم الله الرحمن الرحيم
hmm...
cantik...
suka.......
geram.......
sakit..........
sakit mata menengok.... :(
bilik impian...

"mak bila bilik nak siap renovate..... :( "
mak say "sabarlah..nanti siap lah tu"
"hmm..adik nak kemas-kemas..hias-hias..tak sabar nak deco-deco bilik pink ni.." (hihihi..ketawa dalam hati)

Wednesday, June 1, 2011

SETIA SEORANG ISTERI

بسم الله الرحمن الرحيم

Azura Nurul Iman suka lagu ni..terima kasih pada sahabat Azura Nurul Iman sebab bagi lagu ni hampir 2 tahun yang lepas..katanya "lagu ni sesuai untuk kakak"walaupun belum kahwin,sesuai ye dengan Azura Nurul Iman ni....
dengar banyak-banyak kali pun,still tak boring...  
tapi jangan sampai tak dengar ayat-ayat cinta Allah ye azura nurul iman..hmm video klipnya pun best,ada kat Youtube..

Setia Seorang Isteri
Munsyid : Wildan

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deru angin menderu
Kau tetap di sisi

Setia mu kuhargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Permata di sanubari

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:
“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.
Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertama wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki 
dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.

Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada 
lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.

♥ Bicara Iman♥

Doaku semoga diri ini menjadi isteri solehah suatu masa nanti..Insyaallah wa biiznillah..

Sunday, February 27, 2011

MAAFKAN SAYA YA ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

kita sibuk lantaran waktu yang suntuk
kita celaru lantaran waktu yang cemburu
kita kecamuk lantaran waktu yang kalut
kita kebas lantaran waktu yang pantas

namun hakikatnya

Allah hanya minta waktu 5 kali sahaja
sehari semalam untukNya
Allah hanya panggil bila azan berbunyi
juga cuma 5 kali sehari semalam

Allah hanya minta waktu bila-bila perlu untuk
kita berdoa kepadaNya
Allah hanya minta waktu bila kita lapang untuk
kita menambah amalan menghadapNya

jadi mengapa merungut bila Allah tak bagi
waktu yang tidak cukup,
sedangkan waktu itu milik Allah seluruhNya..

Saturday, February 26, 2011

SEBUAH PERMULAAN

بسم الله الرحمن الرحيم
bersyukur ke hadrat Ilahi diatas kesempatan waktu yang ada untuk membuka blog yang baru..blog yang lama,selamat tinggal...

wahai sahabatku wanita...
"KITA INSAN TERPILIH DISEBUT DALAM AL-QURAN  DENGAN MULIA, JAGALAH PELUANG ITU SEBAIKNYA"

"DICIPTAKAN DARI RUSUK KIRI.. DEKAT DIHATI UNTUK DISAYANGI.. HAMPIR DENGAN TANGAN UNTUK DIKASIHI"

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana saya dilahirkan sebagai muslimah (perempuan beragama Islam) di dalam sebuah keluarga yang mempunyai 7orang adik beradik lelaki dan semuanya  abang kepada saya..alhamdulillah hajat  mak & ayah inginkan anak perempuan,dimakbul oleh Allah..lahirlah seorang puteri bongsu yang mana Insyaallah akan menjadi tiang yang kukuh bagi sebuah bangunan yang dinamakan "keluarga"..amin..
sebagai seorang perempuan,darjatnya diangkat tinggi oleh Islam.j ika lah kita tahu bagimana Islam memuliakan makhluk yang bernama perempuan,tentulah kita akan bersyukur berkali-kali setiap hari. dalam sudut dunia sekarang,perempuan hanyalah barang dagangan,tempat memuaskan nafsu,dilayan sebagai orang suruhan..itulah tanda kebencian kaum lelaki terhadap kaum wanita yang dianggap lemah dan langsung tidak berhak mendapat tempat yang istimewa. dalam Islam,wanita memang dianggap kaum yang lemah,tetapi!!bukan lemah yang boleh diseksa.wanita yang lemah asalnya dicipta daripada tulang rusuk lelaki.wanita memerlukan lelaki untuk dipimpin,dibimbing,disayangi dan dilindungi..wanita lemah hingga memerlukan lelaki untuk memuliakannya kerana seorang ibu itu adalah seorang wanita.seorang ibu wajib dimuliakan.tanpa ibu,siapa yang hendak melahirkan zuriat dan keturunan lelaki?begitulah Islam mengangkat darjat seorang wanita. bersyukur kita kerana kita tidak dilahirkan pada zaman Jahiliah,di mana anak perempuan yang baru dilahirkan akan ditanam hidup-hidup..nauzubillahi minzali'..
menganggap anak perempuan ini leceh,susah dijaga lebih-lebih umur  remaja dan menjadi beban pada ibubapa..sebenarnya ia bukanlah 1 bebanan,malah merupakan pelindung bagi mereka daripada api neraka,dengan syarat anak perempuan itu,ibubapanya sentiasa taat kepada Allah..

Rasulullah bersabda :
"barang siapa diberi cubaan dengan sesuatu daripada anak-anak perempuanya,kemudian dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka"
(HR Bukhari & Muslim)

semoga saya mampu jadi Sayidatina Fatimah,ketaaatannya pada ayahanda & Allah...Insyaallah pada bakal zauj juga..dengan itu jalan bahagia di akhirat terbentang di mana-mana..amin..

♥♥SEBUAH PERMULAAN ISTIMEWA DI SISINYA♥♥

Thursday, December 29, 2011

♥SURI RUMAH & SURI DIHATI♥

Posted by Azura Nurul Iman at 9:43 AM 1 comments

Posted by Azura Nurul Iman at 10:29 AM 0 comments

Posted by Azura Nurul Iman at 12:01 PM 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam balik kerja terus pergi jalan-jalan di sekitar Bandar Baru Bangi..ke Seksyen 8 dan PKNS..jalan-jalan ada makna.. :) wink..wink..wink..apapun.....

"terima kasih abang atas semua ini.."

Lepas tu balik rumah jap,solat maghrib dulu..lepas solat pergi pasar malam dekat kawasan perumahan kami..zauj beli durian..dia memang kuat makan durian,sampai saya tak tahan...hmmm sabar jelah..hihi

Bahagia bila tengok dia senyum..gelak-gelak..buat lawak semalam... zauj saya seorang yang pendiam & tak suka senyum,muka masam je...kawan-kawan cakap "abang alif tu muka macam marah je..garang..takut nak tegur" tapi sebaliknya hanya saya zaujahnya yang mengerti..sekali dia senyum,bahagianya saya..sayang cinta halal saya ni..Anugerah Allah,kebahagiaan saya..alhamdulillah :)

Wednesday, December 21, 2011

♥MAKAN DILUAR PERTAMA KAMI♥

Posted by Azura Nurul Iman at 10:38 AM 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
semalam dapur tidak berasap...lepas zauj ambil saya kat tempat kerja,terus je balik rumah..pelik juga saya...selalunya sebelum balik,zauj akan singgah pasaraya untuk beli barang basah,masak untuk makan malam..kat rumah pun ada telur je,saya tak kisah makan telur je,tapi yang penting mesti ada sayur..saya senyap je,tak tanya pun..malam tu pula zauj da start mengajar mengaji semula..
sampai je pintu rumah 
zauj tanya "nak makan luar malam ni?" 
saya pun tersimpul malu..(hmm..da kahwin da dok serumah pun,malu tak gak hilang2 lagi..hihi)..
saya jawab 
"hmm..pukul berapa?kan lambat,abang kerja malam ni.." 
zauj jawab pula
"abang balik jam 9,pastu kita gi"..

saya macam malas nak makan luar,sebab dah malam kan..penat juga balik kerja..tapi saya keluar jelah..mengeratkan silaturrahim..hihi..sayang abang... 

Sebelum tunggu zauj balik kerja mengajar mengaji,saya lipat baju yang ada kat ampaian,menyapu rumah&kemas-kemas apa yang patut..alhamdulillah selesai...mandi..dan bersiap-siap..
jam 9 macam tu zauj dah sampai rumah & bawa hadiah..hadiah perkahwinan dari Ayah anak murid abang..alhamdulillah rezeki..dapat Rice Cooker lagi.. :)

dah tu kami pun mulakan operasi mencari-cari kedai makan...hmm tak tahu nak makan mana..pergi kajang macam tak best je..pergi Bandar Baru Bangi..baru best..jalan-jalan,akhirnya pergilah ke NIMS..tempat makan saya no.1 semasa belajar..hihi..dekat dengan tempat kerja..
Zauj order :
nasi putih
ayam masak kicap
air laici
Zaujah (saya la tu :p)
nasi putih
tom yam campur (wajib ada semasa makan di Nims ;)
air tembikai

penambahan menu :  kailan ikan masin
Siap menu yang di order dalam 15 minit kot..
ok zauj baca doa....

Alhamdulillah kenyang...

20 hari bergelar isteri..itulah makan malam di luar pertama kami..sebelum ni masa baru bertunang ada la keluar makan malam tapi dekat dengan asrama tempat kerja saya..tu pun sekali je,minta kawan teman kan..kami satu meja,kawan satu meja..depan belakang.. :) dia datang naik motor,saya & kawan datang naik kereta..terima kasih Fathiah & adiknya yang menemani kami :p...
tapi sekarang dah halal..alhamdulillah Allah dah izinkan saya & zauj naik motor sama-sama..makan pun tak perlu minta orang temankan..hihi..nak balik pukul berapa pun tak kisah kan abang???! :p
 apa-apa pun terima kasih Ya Allah,di atas rezeki ini...

♥NIMS LITTLE ISLAND CAFEJALAN TERATAI KAMPUNG SUNGAI RAMAL43000,KAJANG SELANGOR

Tuesday, December 20, 2011

♥Detik Cinta Yang Halal♥

Posted by Azura Nurul Iman at 10:25 AM 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah Iman dah selamat menjadi isteri buat hamba Allah yang bernama Muhammad Alif Bin Abdullah..genap 18 hari bergelar isteri..semalam 18hb 12 merupakan anniversary pertunangan yang pertama.. :p hihi..

♥Kenangan Saat di Ijab Qabul kan..

♥2hb 12 2011/6 Muharram...bertemakan warna "Merah Jambu" :) sukanyer.....alhamdulillah selamat di nikahkan oleh Ayah tersayang..kira-kira jam 11 pagi di Masjid Kariah Mantin Dalam..di hadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai ;).. masa menyarungkan cincin,tangan Iman mengigil..bila disentuh oleh zauj untuk sarungkan cincin,terasa tangannya mengigil juga..hihi..Iman nak tergelak masa tu..zauj  Iman pandang mata Iman,buat Iman tak tahan..Iman malu sangat-sangat!hmm betul la..tak tipu..malu...hmmm :) tapi suka saat dia pandang mata&wajah Iman,terasa ketenangan..Subhanallah..Cinta Halal kini menjadi milik kami dengan izin Allah..terima kasih Ya Allah...
Bila dah selesai sarungkan cincin..kami  bersalaman dengan keluarga..masa ni Iman menangis..lebih-lebih lagi bila salam dengan  mak & ayah Iman..dan yang Iman rasa terharu,sedih,gembira..bila salam dan peluk mak mertua (Mummy)..erat sangat..terasa sebuah kasih sayang yang Allah curahkan kepada kami..alhamdulillah..

♥3hb 12/7 Muharram.. Jam 10 pagi di adakan Majlis Khatam al-Quran..alamdulillah,niat&impian ayah untuk buat Majlis Khatam Al-Quran untuk puteri tunggalnya diizinkan oleh Allah..Jam 1.30 petang rombongan Pengantin Lelaki sampai..ramai juga kawan-kawan sekerja & kawan sekolah yang datang..yang best Guru Kelas & ustaz Iman pun datang..terharu&terasa dihargai..hihi..5 tahun tu tak jumpa..alhamdulillah..
Malam pula,Iman dan zauj kena basuh periuk belanga..yea..yea..padan muka..zauj kata "tak apa,buat je..kita siapkan semua malam ni"..Iman dah nak nangis dah..hihi..penat tau..penat jadi pengantin ni.. :( tapi gembira,zauj ada..yang halal..dan yang akan Iman cintai seadanya..sepenuhnya hanya pada Allah..Insyaallah..semoga Iman menjadi isteri yang menyenangkan hati zauj..dan takkan melupakan cinta yang lebih utama,ALLAH..

♥4hb 12/8 Muharram..pagi tu meriah lah sungguh rumah,walaupun dah habis kenduri..meriah dengan anak-anak ayah&mak..siapa lagi kalau bukan abang izan,abang mamat & Iman..tapi yang meriuhkan suasana isteri abang2 Iman ni..kak Ain&kak Ayu..macam2 pe'el..seronok sangat masa tu..sayang semua..hari pertama sarapan dengan Zauj & keluarga..bersyukur di atas nikmat kasih sayang ini..
Dalam jam 10 lebih..adik Zauj jemput kami untuk balik ke Rumah Sewa di Kajang..keluarga Zauj semua di sana,petang tu dorang semua nak balik ke Sabah..jadi pagi tu kami ambil kesempatan keluar jalan2 sebelum hantar dorang semua ke Airport..Kitaorang pergi makan kat Restoran Satay Kajang & jalan-jalan kat Metro Kajang..first time jalan,berpegangan tangan dengan suami :) wink..wink....Iman rasa bahagia sangat bila bersama keluarga Zauj,sebab tak terasa pun keseorangan..dorang ramah-ramah..suka senyum dengan Iman..dan adik-adik Zauj kelakar..pandai buat orang ketawa..yang penting,Iman senang hati melihat senyuman seorang ibu...iaitu Mummy..baik orangnya..lembut dengan Iman..macam mak Iman sendiri..alhamdulillah...nenak zauj pun sama.. :)
Masa perjalanan ke KLIA,dalam kereta Iman rasa sedih sangat..rasa lain macam..tak nak dorang tinggalkan Iman & Zauj... :( tak puas lagi bersama..rasa kejap sangat..rasa nak peluk mummy erat-erat & tak nak lepaskan..sampai di KLIA,kami hantar sampai kat parking depan ja..salam dengan semua..airmata Iman pertahankan..masa Iman dalam kereta nak balik ke kajang,dengar adik bongsu Zauj menjerit "kakak!!bye..bye.." hmm Ya Allah..hanya Allah saja Maha Mengetahui apa yang tersirat&tersurat di hati..Iman sayang semua.....

♥terima kasih Ya Allah di atas semuanya ini,semua ini berlaku dengan kehendak & izinMu..cuma 1 yang hamba harapkan,disebalik apa yang terjadi ini,dicurahkan redhaMu..amin Ya Robbal 'Alamin..

Wednesday, November 23, 2011

SUKA SANGAT.....

Posted by Azura Nurul Iman at 12:56 PM 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
  
Baru tadi call  ELKHADEEJA ENTERPRISE..alhamdulillah cenderahati saya untuk  Majlis Perkahwinan dah siap di Print,cuma belum di pos kan lagi..Insyaallah dalam minggu depan akan di pos dalam masa 1 hari akan sampai...gembira sangat..terima kasih ELKHADEEJA di atas layanan baik anda..berbudi bahasa orang-orangnya ;)

khas buat tetamu nanti ..Insyaallah...

2 warna pilihan hati ;)
hijau untuk awak..
merah jambu untuk saya..

tak sabarnya al-Mathurat ni sampai rumah..suka sangat designnya..
terima kasih banyak-banyak warga ELKHADEEJA ENTERPRISE..

Friday, October 28, 2011

KAD HIJAU & MERAH JAMBU DAH SIAP ;)

Posted by Azura Nurul Iman at 12:51 PM 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah semalam dapat mesej dari kedai kad kahwin True Love seksyen 7,Bandar Baru Bangi..perasaan rasa gembira ;) cepatnya siap,tak sampai 2 minggu pun..alhamdulillah..dapat je mesej tu,rasa tak sabar nak ambil kad kahwin saya tu...lepas solat Zuhur saya minta kawan temankan untuk ke sana...dari mula nak cari kedai kad kahwin ,lepas tu nak pilih kad sehingga kad siap,saya usahakan sendiri..semua tu boleh dibuat sendiri.......tak perlu pergi dengan bakal zauj :)sebab bakal zauj pun tak kata apa-apa....asalkan kad kahwin siap sudah..sepanjang persiapan saya ditemani oleh kawan-kawan & adik asrama..terima kasih pada semua yang menemani saya,nanti korang kahwin..meh lah saya teman kan ;)

ini lah dia muka depan kad kahwin saya.... ;)
hijaunya kekuningan..tapi realitinya tak nampak kuning..

ini muka belakang.. ;)
inilah kad hijau & merah jambu saya...

 kesimpulannya..........saya semestinya suka warna merah jambu
..dan bakal zauj pernah bagitahu dia suka hijau..maka jadilah kad yang bertemakan merah jambu & hijau...
maka adil la kan hijau + merah jambu
hmm..sebenarnya impian kad kahwin nak buat tulisan jawi..saya dah siapkan dah tapi bila hantar kad kedai tulisan habis lari..tak jadi tulisan jawi..bertukar menjadi tulisan zaman purba :)...saya usahakan juga tapi tak boleh juga..software font jawi pun saya dah install pada komputer kedai kahwin tu..ok dah tulisannya tak lari,tapi bila pergi kat apa ntah  kad kahwin tu punya page untuk cetakan kad ni,tak keluar tulisan tu..akhir kata saya pada si designer tu "tak pelah dik,buat tulisan rumi jelah ye" :(
apapun bila siap kad ni...gembira je...alhamdulillah..syukurilah apa yang ada & termampu...

hmmm..masa nak tulis nama untuk para jemputan..macam menggigil-gigil tangan ni...rasa berdebar-debar..risau takut..sebab lepas ni ada tanggungjawab yang besar dari Allah selepas Ijab Qabul itu di lafazkan...
Semoga saya & bakal zauj sentiasa di didik & terdidik dalam agamaNya bagi membina Mahligai Cinta Yang Halal ini..amin ya Rob....

Tuesday, October 25, 2011

IMPIAN IDAMAN ;)

Posted by Azura Nurul Iman at 3:43 PM 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم
hmm...
cantik...
suka.......
geram.......
sakit..........
sakit mata menengok.... :(
bilik impian...

"mak bila bilik nak siap renovate..... :( "
mak say "sabarlah..nanti siap lah tu"
"hmm..adik nak kemas-kemas..hias-hias..tak sabar nak deco-deco bilik pink ni.." (hihihi..ketawa dalam hati)

Wednesday, June 1, 2011

SETIA SEORANG ISTERI

Posted by Azura Nurul Iman at 11:15 AM 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

Azura Nurul Iman suka lagu ni..terima kasih pada sahabat Azura Nurul Iman sebab bagi lagu ni hampir 2 tahun yang lepas..katanya "lagu ni sesuai untuk kakak"walaupun belum kahwin,sesuai ye dengan Azura Nurul Iman ni....
dengar banyak-banyak kali pun,still tak boring...  
tapi jangan sampai tak dengar ayat-ayat cinta Allah ye azura nurul iman..hmm video klipnya pun best,ada kat Youtube..

Setia Seorang Isteri
Munsyid : Wildan

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deru angin menderu
Kau tetap di sisi

Setia mu kuhargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Permata di sanubari

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:
“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.
Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertama wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki 
dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.

Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada 
lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.

♥ Bicara Iman♥

Doaku semoga diri ini menjadi isteri solehah suatu masa nanti..Insyaallah wa biiznillah..

Sunday, February 27, 2011

MAAFKAN SAYA YA ALLAH

Posted by Azura Nurul Iman at 3:47 PM 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

kita sibuk lantaran waktu yang suntuk
kita celaru lantaran waktu yang cemburu
kita kecamuk lantaran waktu yang kalut
kita kebas lantaran waktu yang pantas

namun hakikatnya

Allah hanya minta waktu 5 kali sahaja
sehari semalam untukNya
Allah hanya panggil bila azan berbunyi
juga cuma 5 kali sehari semalam

Allah hanya minta waktu bila-bila perlu untuk
kita berdoa kepadaNya
Allah hanya minta waktu bila kita lapang untuk
kita menambah amalan menghadapNya

jadi mengapa merungut bila Allah tak bagi
waktu yang tidak cukup,
sedangkan waktu itu milik Allah seluruhNya..

Saturday, February 26, 2011

SEBUAH PERMULAAN

Posted by Azura Nurul Iman at 2:00 PM 0 comments