Blogger Templates
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, December 23, 2011

DI LEMA DELIMA ;)

بسم الله الرحمن الرحيم
Sudah lama saya dilema akan buah ini..sejak ayah bawa balik dari menunaikan Haji..
bukan senang nak cari..Pasar Malam pun tak ada..saya cari..tanya-tanya kawan pun,mereka kata kat Pasar Malam..tapi tak ada pun..sedih saya,nak menangis pun ada..(hihi..saya pun tak tahu napa jadi gini)..
"sebuah permintaan tidak ditunaikan" :p

bila jumpa Kak Azzah (kawan 1 office),dia bagitahu "zura..kat PKNS Bangi adalah"....wah excited saya tanya betul ke?berapa jual?nak isi merah tak nak isi putih...hihi..kak Azzah pun memang suka buah tu juga..bila saya tahu ada jual kat PKNS,saya fikir bila la nak pergi sana..dengan harapan "jangan lah habis jual buah tu..." :(

Alhamdulillah semalam balik kerja,terus ajak Zauj pergi PKNS Bangi..yeah..yeah..tak sabar nak jumpa Cik Buah Delima ;) sampai kat pintu depan..ada kedai kecil-kecil,hah!tu dia DELIMA SAYA!..isi warna merah,ada 1 je di dalam bakul..RM 8 sebiji..mahal kan??1 biji je RM8..tapi saya tak peduli nak juga..nak juga..kalau isi warna putih RM4 je sebiji..tapi tak minat :p ..

Alhamdulillah!!kini Delima yang sebiji itu menjadi milik saya..hihi..Ya Allah suka sangat,berminggu-minggu menanti..hihihi...teringin sangat nak makan..rasa macam nak penuhkan Peti Ais dengan buah tu..buat stok... ;) saya seorang je yang makan buah tu,Zauj tak suka..dia asyik Durian..Durian..ok Durian VS Delima..wink..wink..wink..

Kenapa saya suka Buah Delima??
bukan sebab dia sedap tapi Subhanallah!!ada cerita yang menarik tentangnya yang saya tahu sikit-sikit sebelum ni,jadi saya kongsikan cerita Buah Delima@Ar-Rumman..
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, 
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". 
[al Rahman ayat 68]. 
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” 
[al-Anaam 99]
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Info Menarik Buah Delima
- digelar buah diraja
- berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India.
- juga dikenali ar-rumman dalam bahasa Arab
- disebut 3 kali dalam Al-Quran
- buah syurga, antara pokok yang ada di dalam syurga
- di Perancis juga dikenali sebagai epal yang berbiji
- hanyat pokok yang panjang, boleh hidup sehingga 200 tahun
- bagi kaum Cina, buah delima melambangkan kesuburan dan panjang usia
- berbuah selepas setahun hingga tiga tahun ditanam

Khasiat Buah Delima
- kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus
- mengandungi antioksidan yang tinggi baik untuk penyakit jantung, cepat tua dan barah
- dalam Homeopati, delima digunakan untuk mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadaman

Kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya..
sedap sangat..terliur tengok..semalam separuh dah habis..lagi separuh saya bawa pergi kerja..kejap lagi,nak makan.. ;)
terima kasih Ya Allah..di atas apa yang Allah ciptakan di muka bumi ini...alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Friday, December 23, 2011

DI LEMA DELIMA ;)

Posted by Azura Nurul Iman at 10:29 AM

0 comments on "DI LEMA DELIMA ;)"

Post a Comment